Berita & Peristiwa

Untuk Sebarang Pertanyaan Hubungi Pihak Kami Di Talian Di Bawah;
604-5397095 (Pejabat) 012-5313780 (Pn.Sharifah)

INFO

    Burung Layang-layang (Aerodramus Fuciphagus), yang dikenali juga sebagai burung walit terdapat di dalam empat jenis iaitu Aerodramus, Hydrochous, Schoutedenapus dan yang tinggal ialah spesis collocalia. Di Indonesia burung walit (Aerodramus Fuciphagus) dikenali sebagai Walet. Spesis ini juga dikenali sebagai Collocalia. Spesis ini tinggal di kawasan pesisir Tropika. Aerodramus Fuciphagus mempunyai sayap yang kecil dan panjang untuk membolehkan ia terbang dengan pantas, dan mempunyai paruh yang kecil yang dikelilingi bulu-bulu pendek untuk menangkap serangga yang berterbangan.
    Satu fakta yang menarik mengenai burung ini, mengapa ia harus diperolehi kerana mempunyai air liur yang mahal. Sarangnya yang dihasilkan daripada air liur ini mempunyai khasiat yang tinggi dan merupakan satu makanan kesihatan yang teragung di dunia.  Sup sarang burung yang dihasilkan adalah merupakan sup yang termahal di dunia.


    Di dalam masyarakat cina mereka beranggapan sarang burung merupakan tonik kesihatan yang efektif. Sarang ini dihasilkan oleh burung walit yang mengeluarkan hasil dalam bentuk gel yang kaya dengan tenaga. Para penyelidik moden telah mendapati ianya mengandungi kualiti kesihatan. Sarang burung ialah datang dari lelangit burung walit, yang mengandungi makanan penyubur yang tinggi di mana masyarakat cina memanggilnya sebagai "kesan keremajaan". Para saintis moden telah membantu golongan tua untuk mempercayai bahawa sarang burung mengandungi protein (penting dalam hidup), vitamin dan pelbagai kandungan mineral.
    Kajian mendapati sarang burung mengandungi faktor pertumbuhan epidermal. Dengan ini menjelaskan kepada kita, pengamal herba cina selalu memilih sarang burung untuk mengubati penyakit tumbesaran terbantut dan tidak subur.
    Kajian penyelidik makmal juga mendapati sarang burung mengandungi glyco-protein dan penyerapan untuk sistem immunisasi. Penemuan kini menyokong dan menguatkan lagi bahawa sarang burung menggalakkan pertumbuhan dan pembaikan tisu badan. Bukan itu sahaja, sarang burung menguatkan lagi antibodi untuk melawan penyakit.


    Masyarakat Cina mempercayai bahawa setiap kepingan air liur begitu kaya dengan protein dan vitamin. Kaum perempuan beranggapan sarang burung adalah salah satu ramuan kecantikan. Mereka juga percaya bahawa kandungan protein dan vitamin yang terdapat pada sarang burung boleh membantu melicinkan kulit dan awet muda. Sarang Burung juga baik untuk paru-paru, penghadaman dan membantu melindungi kekeringan menyeluruh semasa menjana sistem imunisasi.


RED NEST

YELLOW NEST

WHITE NEST

BLACK NEST

copyright Reserved 2004@aerodramus consultancy Sdn. Bhd.
website : www.aerodramus.com