Berita & Peristiwa

Untuk Sebarang Pertanyaan Hubungi Pihak Kami Di Talian Di Bawah;

INFO

Membina tempat tinggal burung.

Faktor-faktor yang harus diambilkira di dalam membina tempat tinggal burung walit adalah :

Mengambilkira kriteria persekitaran dalaman iaitu:
     • kadar suhu yang stabil, 25˚C - 35˚C
     • tahap kelembapan yang tinggi, di antara 80%-95%.
     • keadaan kegelapan tidak melebihi 1 lux.

Untuk membina kediaman yang digemari oleh burung walit ianya haruslah memenuhi ciri-ciri berikut :
     •keadaan bumbung yang dibuat daripada bahan pejal      •yang boleh memberi reflek kepada bahang matahari.
     •sistem pengudaraan yang baik.
     •kawasan yang gelap menjadi kegemaran kepada        burung layang-layang untuk dijadikan tempat tinggal        mereka.

Supaya membolehkan spesis ini memasuki tempat tinggal, lubang segiempat yang berwarna hitam haruslah digunakan sebagai pintu masuk dan keluar. Ia juga dikenali sebagai "kotak sabun".

 

Pengurusan tempat tinggal burung.

Proses menguruskan tempat tinggal burung walit terbahagi kepada empat peringkat :

1.Pengubahsuaian bangunan kepada tempat tinggal burung     mengikut peraturan di bawah akta pembangunan dan     perumahan tempatan.
2.Penggunaan peralatan moden untuk mengawal tahap     kelembapan dan juga untuk mengawal tahap kelembapan     udara yang tinggi dan keadaan yang lain supaya     bersesuaian dengan spesis ini.
3. Memahami tabiat burung walit
4.Haruslah mengetahui masa yang sesuai untuk memungut     sarang burung dan memastikan tahap kebersihan tempat     tinggal burung yang akan menghasilkan sarang burung     yang berkualiti.

 
 

 

 

 

 copyright Reserved 2004@aerodramus consultancy Sdn. Bhd.
website : www.aerodramus.com