|
S
: Apakah itu Sarang Burung? |
|
J
: Sarang
Burung yang dinyatakan ini adalah salah satu dari jenis burung layang-layang
yang membuat sarang dengan menggunakan air liurnya sendiri. Ia
juga dikenali sebagai burung walit. Masyarakat
cina mempercayai makanan ini akan dapat memberi mereka tenaga dan
kesihatan kepada mereka. Amalan pemakanan sarang burung ini telah
lama diamalkan oleh masyarakat orang cina. |
|
S
: Kebaikan produk Sarang Burung untuk manusia? |
|
J
: Sarang
Burung ini mengandungi banyak khasiat dan dapat memberi tenaga
kepada pengamal sarang burung. Masyarakat cina percaya bahawa
makanan ini dapat memberi kesan kepada sistem keremajaan seseorang.
Para penyelidik dapat meyakinkan para golongan berumur dengan
mengatakan bahawa sarang burung ini mengandungi lebih protein, vitamins
dan pelbagai lagi bahan yang memberi pelbagai khasiat kepada orang
yang memakannya.
|
|
S
: Bahan yang digunakan oleh sesetengah pihak
untuk menghasilkan Sarang Burung tiruan ? |
|
J
: Bahan
yang digunakan untuk menghasilkan sarang yang palsu adalah seperti
resin, rumpai laut dan kulat putih yang dipanggil "White
Tremella. Kulat ini dicampur di antara setiap helaian sarang
burung itu. Supaya pengguna tidak tertipu pengguna boleh memeriksa
bahagian dasar sarang burung yg dibeli. Secara luaran sarang burung
palsu dan yang tulen adalah sama tapi jika di bahagian bawahnya diteliti
dengan betul anda dapat melihat satu ketulan pendek dan teba.
Itulah ketulan kulat-kulat berwarna putih tadi. Sarang Burung
yang asli tidak ada ketulan seperti ini.
|
|
S
: Perbezaan di antara Sarang Burung berwarna
putih, hitam dan juga merah ? |
|
J
: Perbezaannya
adalah dari segi jenis burung apa yang membuat sarang itu, jika sarang
itu putih maka ia dibuat oleh jenis spesis burung walit
yang dipanggill Aerodramus Fuciphaga dan jenis sarang
berwarna hitam pula dibuat oleh jenis burung walit yang
dipanggil Aerodramus maxima. Harga bagi sarang yang
berwarna hitam adalah lebih murah berbanding sarang yang berwarna
putih. Sarang yang berwarna putih adalah lebih berkualiti. Tetapi
ada juga sarang yang berwarna merah dan jenis ini adalah pelik sedikit
kerana ia boleh dihasilkan oleh kedua-dua jenis burung layang-layang.
Warna sarang burung merah ini dipercayai datang dari warna darah
burung berkenaan. Tetapi kajian menunjukkan ia berlaku dari tindakbalas
kimia di antara air liur burung itu dengan sejenis batu yang terdapat
di dalam sesetengah gua. |
|
S
: Adakah kajian yang dilakukan untuk membezakan
bahan-bahan di dalam Sarang Burung ? |
|
J
: Perbezaan
di antara sarang burung yang dicampur dengan bahan kimia berbanding
dengan yang semulajadi ialah dengan melihat warna kekilatan pada
bahagian jaluran tali sarang burung tersebut yang berada di bahagian
dasar sarang burung tersebut. Jika ianya terlalu berkilat maka kehadiran
kimia telah dapat dikesan pada sarang burung itu. Ini adalah kerana,
warna dalam sarang burung itu adalah lutsinar, sarang yang bersih
tetapi terlalu merah menunjukkan juga bahawa sarang burung itu dicampur
dengan pencelup yang akan hilang apabila dimasak. Satu ujian iodin
dapat dijalankan ke atas sarang burung untuk memastikan samada sarang
burung itu asli atau pun tidak. Sarang yang tiruan akan bertukar
pudar jika dibiarkan berada di dalam keadaan lembap selama beberapa
hari. Di makmal ujian-ujian seperti mengguna gas atau gel dijalankan
untuk memisahkan bahan-bahan ini.
|
|
S
: Perbezaan di antara Sarang Burung secara
liar (gua) dan secara ternak (rumah burung) |
|
J
: Sarang
burung yang datangnya dari rumah penternakan dipercayai lebih berkualiti tinggi
berbanding yang datangnya dari gua. Ini adalah kerana sarang
burung dari gua kebanyakannya lebih mengandungi bulu burung dan
juga kotoran semulajadi. Walaupun jenis ternakan adalah dari
proses
membuat sarang yang sama tetapi ia dilakukan dalam persekitaran
manusia seperti rumah terbiar, bangunan tinggi dan juga terowong. Secara
amnya, bentuk sarang yang dihasilkan melalui ternakan adalah lebih
licin dan elok berbanding dengan yang datangnya dari gua yang
banyak terlekat bulu burung dan juga kotoran. |
|
S :
Tips untuk
membuat pemilihan Sarang Burung dengan betul |
|
J
: 1.
Anda sendiri patut merasai sarang burung ini dengan menggunakan tangan
anda. Keadaan sarang burung ini adalah kering, ringan dan juga keras.
Sarang burung yang melekit, ringan dan juga berat berkemungkinan
lebih cepat menjadi berkulat.
2. Selalunya sarang burung adalah bersih dan ada sedikit sahaja
habuk atau kotoran. Sarang Burung yang dipenuhi bulu burung dan kotoran
yang banyak bukan sahaja mengambil masa yang agak panjang untuk
proses pembersihan tetapi ia adalah lebih berat dari yang biasa.
3. Jika bentuk sarang burung ini dalam keadaan kering, ia selalunya
ada di dalam anggaran 6-7 buah sarang bagi setiap 38 gram. Ada sesetengah
keadaan, ada juga dalam 9-11 buah sarang bagi setiap 38 gram. Bagaimanapun, ini
bergantung juga kepada saiz bentuk sarang burung itu.
4. Selepas direndam, sebanyak 38 gram dari jenis sarang burung yang
berkualiti tinggi (telah diproses) akan meningkat tahap keberatannya
menjadi dalam anggaran 263 ke 300 gram.
5. Kualiti sarang burung yang telah diproses bergantung kepada sebanyak
mana dan kepanjangan setiap uratan yang membentuk sarang burung
itu. Makin panjang uratan tali itu maka lagi berkualiti sarang burung
itu.
|
|
|
|