<%@LANGUAGE="JAVASCRIPT" CODEPAGE="1252"%> ....: : : Ciri-ciri Aerodramus : : :....
 


Berita & Peristiwa

Untuk Sebarang Pertanyaan Hubungi Pihak Kami Di Talian Di Bawah;


INFO

Bentuk badan dan sayap.
Aerodramus Fugiphagus mempunyai badan yang ringan dan slim serta mempunyai sayap yang panjang kira-kira 24 cm. Keadaan ini membolehkan burung walit terbang di udara tanpa perlu rehat untuk sepanjang hari.

Warna bulu burung.
Kelabu gelap, manakala di bawah dada burung ini berwarna kelabu cerah.

Ia mempunyai mata yang bulat dan mempunyai pandangan yang sangat tajam bagi membolehkan ia melihat mangsa (serangga terbang yang kecil) dari jauh dan boleh melihat ruang masuk ke tempat tinggalnya dengan tepat.

Burung walit memiliki deria bau yang mana manusia tidak memilikinya.

Ia juga mampu terbang dengan pantas di dalam gelap.

Burung walit memiliki kaki yang sangat kecil dan lemah yang menyebabkan ianya tidak boleh berjalan.


Tabiat pemakanan burung walit adalah :

Seawal jam 5 pagi, burung walit akan meninggalkan rumahnya dan terbang untuk mencari makanan. Pada waktu ini, burung-burung ini hanya berterbangan di kawasan yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka sahaja. Mereka akan terbang di kawasan tanah lapang seperti sawah padi dan juga tempat-tempat lain yang berdekatan. Lebih kurang jam 6 pagi sesetengah daripada mereka akan pulang ke tempat tinggal untuk mengeram dan menjaga anak yang baru menetas.

Lebih kurang jam 7 - 9 pagi, burung-burung ini akan terbang semula mencari makanan di kawasan pertanian ataupun di taman-taman untuk menangkap serangga kecil yang berterbangan. Mereka akan pulang semula ke kediaman mereka kerana selepas waktu itu tidak terdapat banyak makanan di kawasan berkenaan.

Selepas itu, spesis ini pergi ke kawasan pedalaman berair untuk mencari makanan. Kira-kira jam 3-5 petang, mereka akan ke padang semula dan akhirnya pulang ke tempat tinggal mereka.


 
 

BURUNG DI ATAS TANAH

BURUNG & SARANG

BURUNG MINUM

BURUNG TERBANG

 copyright Reserved 2004@aerodramus consultancy Sdn. Bhd.
website : www.aerodramus.com